MUSTAPA  (dua dari kiri), Ahmad (kiri) dan  Syed Nabil (kanan) ketika merasmikan NEXT di Kuala Lumpur, semalam.
MUSTAPA (dua dari kiri), Ahmad (kiri) dan Syed Nabil (kanan) ketika merasmikan NEXT di Kuala Lumpur, semalam.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Sepuluh syarikat korporat dari Malaysia yang menyertai inisiatif Next Entrepreneurs Exchange Track (NEXT) bakal membantu kumpulan usahawan muda di rantau ASEAN menerusi program NextXcel yang hadir dengan pelbagai penyataan masalah untuk diselesaikan oleh kumpulan berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, NEXT adalah program keusahawanan ASEAN yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan kerjasama antara syarikat korporat dan konglomerat bersama kumpulan ushawan muda di rantau terbabit.

Beliau berkata, NextLabs sebagai komponen NEXT bakal menjadi tumpuan pelbagai lapisan usahawan muda berkenaan yang membabitkan industri berbeza dalam berhubung dan bekerjasama untuk menyelesaikan isu dalam ekosistem dunia korporat.

“Generasi belia seperti usahawan adalah aset utama negara di rantau ASEAN yang akan memperkukuhkan hubungan dagang di antara Malaysia dan negara anggota yang lain.

“Malah, melangkah kehadapan, ASEAN adalah pemacu pertumbuhan menyeluruh, peluang pekerjaan dam pelaburan infrastruktu khususnya dengan penubuhan blok kerjasama serantau yang kini genap 50 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian NEXT di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Pengasas Persatuan Usahawan Muda ASEAN Malaysia (MAAYE) Syed Nabil Aljeffri dan Presiden Persatuan Usahawan Muda ASEAN (AYEA) S Kesavan.

MAAYE yang menganjurkan NEXT menghimpunkan usahawan tempatan yang berpeluang untuk bekerjasama dengan 10 syarikat korporat seperti Maybank, berlangsung selama dua hari bermula 5 hingga 6 Disember di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Syed Nabil berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 100 syarikat daripada setiap negara akan menyertai program NEXT pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 9:40 AM