MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai bersama Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Badlisham Ghazali (kiri) mencuba selepas melancarkan walkalator iWalk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). FOTO Fariz Iswadi Ismail

Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Mesyuarat tiga pihak peringkat menteri membabitkan Malaysia, China dan Australia berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) MH370 akan diadakan pada 19 Julai ini di Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketiga-tiga negara komited untuk melengkapkan kawasan pencarian pesawat berkenaan seluas 120,000 kilometer persegi.

"Buat masa ini, usaha pencarian kini sudah dijalankan membabitkan kawasan seluas 107,000 kilometer persegi.

"Pencarian pesawat terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk pada masa ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran walkalator di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(klia2) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 4:18 PM