Aktiviti e-sukan kini dirancakkan dengan pertandingan game yang dinamakan Selangor Cyber Games bakal dianjurkan pada hujung minggu ini selama dua hari membabitkan empat permainan utama.

Ia termasuk Dota 2, League of Legends, CS:GO dan FIFA 15. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai lebih RM30,000.

Bagi pertandingan Dota 2, lapan pasukan sudah pun layak ke Grand Final iaitu Team Malaysia, Invasion eSports, Who2bet, Underminer.Regal, G-Guard, TBD, Distrix 5 dan Underminer C.

Ia bermakna, hanya dua pasukan teratas yang layak semasa peringkat kelayakan G1 Gaming Dota 2 pada 13 Disember akan menyertai Grand Final pada 14 Disember 2014 bersama lapan pasukan tadi.

Manakala bagi pertandingan League of Legends, sebanyak 16 pasukan akan berentap pada 13 dan 14 Disember nanti bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang ditawarkan sementara bagi pertandingan CS:GO, terdapat slot bagi 16 pasukan.

Pertandingan FIFA 15 pula akan menyaksikan seramai 128 pemain beraksi menuju ke pusingan akhir bagi membawa pulang hadiah utama, wang tunai RM1,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:00 AM