Anggota JPAM Melaka bersama buaya tembaga yang ditangkap. FOTO Hatim Ab Manan
Anggota JPAM Melaka bersama buaya tembaga yang ditangkap. FOTO Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi

my

Melaka: Buaya tembaga sepanjang dua meter dipercayai tersesat di dalam longkang di Melaka Perdana, Ayer Keroh, di sini, berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka pagi tadi.

Reptilia seberat kira-kira 80 kilogram itu ditangkap pada 11 pagi, selepas kehadirannya disedari pemotong rumput yang kebetulan melakukan kerja di kawasan berkenaan.

Pengarah JPAM negeri Effendy Ali berkata, sepasukan tujuh anggota terbabit dalam operasi menangkap buaya tembaga berkenaan.

"JPAM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap kerana perlu menenangkanya terlebih dahulu yang bertindak agresif.

"Buaya tembaga ini kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 4:23 PM