ANTARA barang yang dirampas. FOTO ihsan Polis
ANTARA barang yang dirampas. FOTO ihsan Polis
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Geng Romance Scam Afrika terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan di rumah teres dua tingkat kira-kira 1 pagi itu, semua suspek yang ditahan adalah warga Nigeria berusia 24 hingga 35 tahun.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abdul Wahid berkata, setiap suspek mempunyai peranan masing-masing untuk memperdaya wanita melalui Internet.

"Mereka memujuk wanita dengan menjalin hubungan cinta sebelum mengikis duit mangsa dan daripada siasatan kami mendapati kerugian berjumlah RM1.1 juta membabitkan sembilan mangsa.

"Polis turut merampas 12 telefon bimbit, 15 kad ATM, satu pemacu mudah alih dan sebuah kereta. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 9:33 PM