ANTARA barang yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis
ANTARA barang yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Tiga puluh satu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam Operasi Vulture yang dijalankan serentak di enam negeri, semalam.

Semua suspek berusia dari 23 hingga 40 tahun ditahan di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah serta Melaka dan berperanan sebagai pengutip hutang di negeri masing-masing.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi turut mendapat bantuan daripada Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram Bukit Aman.

"Suspek yang ditahan terdiri daripada 27 lelaki dan empat wanita dan kami juga merampas pelbagai barang dalam operasi ini.

"Polis turut menyita dua rumah sindiket di Nilai, negeri sembilan. Anggaran nilai rampas RM1,310,850," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 12:18 PM