Kuala Lumpur: Lanun menembak mati seorang kru kapal tangki Vietnam di perairan Pulau Aur, Johor, semalam ketika belayar dari Singapura ke Vietnam.

Kapal tangki yang membawa asfalt dari Singapura ke Vietnam diserang lanun di perairan Pulau Aur di Johor, berdasarkan laporan Biro Maritim Antarabangsa (IMB).

“Sekumpulan lanun bersenjata naik ke kapal itu dan menembak seorang daripada 16 kru kapal di kepala.

Kumpulan lanun itu juga merompak barangan peribadi kru kapal yang lain sebelum melarikan diri,” kata Noel Choong, Ketua IMB di Pusat Laporan Lanun, di sini.

Choong berkata, mangsa yang ditembak diterbangkan ke hospital di Singapura, namun mangsa gagal diselamatkan kerana kecederaan parah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 7:52 PM