RANGKAIAN pupur Marysharon.
RANGKAIAN pupur Marysharon.
1. WAJAH sebelum memakai pupur.
1. WAJAH sebelum memakai pupur.
2. SAPUKAN krim pembersih.
2. SAPUKAN krim pembersih.
3. URUT wajah selama satu ke dua minit, cuci sisa krim pembersih.
3. URUT wajah selama satu ke dua minit, cuci sisa krim pembersih.
4. PAKAI pupur di sekeliling wajah.
4. PAKAI pupur di sekeliling wajah.
5. URUT wajah sehingga pupur bertukar warna hitam.
5. URUT wajah sehingga pupur bertukar warna hitam.
6. TANGGAL pupur dari bawah ke atas.
6. TANGGAL pupur dari bawah ke atas.
7. URUT sisa arang yang tinggal pada wajah dan bersihkan dengan air.
7. URUT sisa arang yang tinggal pada wajah dan bersihkan dengan air.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Cuaca kering dan panas yang melanda menjejaskan kelembapan kulit anda, menyumbat pori dengan kotoran sekali gus menyebabkan kulit nampak tidak bermaya dan kurang sihat.

Ditambah pula dengan pemakanan tidak sihat dan tekanan akibat gaya hidup yang sibuk, mungkin sukar untuk mengamalkan penjagaan kecantikan yang sesuai dan lengkap untuk penampilan cantik menawan.

Kini ada cara lebih mudah dan segera untuk memiliki kulit yang sempurna menggunakan pupur. Pupur antara cara yang selesa dan mudah untuk memastikan kulit anda mendapat segala khasiat sambil menikmati rawatan muka mini dalam masa beberapa minit.

Baik mahu tampak cantik sempena Aidilfitri akan datang, mahupun menampilkan kulit berseri setiap hari, pupur dianggap produk kecantikan yang perlu ada di rumah.

Penggunaannya semakin luas di merata dunia dan rantau Asia. Ini dibuktikan dengan perangkaan menunjukkan bahawa pengguna Amerika Syarikat (AS) mula menggunakan pupur muka secara ketara dengan jualan meningkat 60 peratus kepada RM269 juta dalam tempoh antara Julai 2013 hingga Jun 2014.

Memandangkan jualan produk penjagaan kulit muka dalam tempoh tersebut dianggarkan bernilai RM8 bilion, kategori pupur wajah masih kecil secara perbandingan, tetapi dijangka berkembang pesat dan menunjukkan potensi pertumbuhan yang besar.

Marysharon yang diilhamkan berasaskan “Pertemuan Timur Barat”, berasal dan dirumus dari Perancis dan dipasarkan oleh syarikat yang berpangkalan di China. Marysharon juga menjadikan perniagaan pupur sebagai bidang tumpuan utamanya.

Pengarah Eksekutif Marysharon Malaysia Joyce Lee berkata, rangkaian pupur Marysharon menawarkan pilihan inovatif yang disediakan dalam bentuk krim dan pupur kertas.

Katanya, pupur ini dicipta dan diperbuat menggunakan teknologi tinggi, dan diperkukuh dengan ramuan serba maju untuk memastikan kulit dibersihkan secara mendalam, dimanjakan, dilembapkan, diberikan khasiat secukupnya, dicerahkan dan dicantikkan lagi dengan cara yang sempurna.

“Rangkaian pupur Marysharon yang ditawarkan mempunyai kegunaan tersendiri mengikut keperluan wajah. Ramai memberi tanggapan salah mengenai pemakaian pupur yang dipakai tanpa mengikut keadaan kulit.

“Di pasaran memang pupur dijual secara meluas dengan harga murah, tapi ramai yang tidak tahu penggunaan yang betul. Rata-rata memakainya tanpa tujuan khusus.

“Di Marysharon, kami mahu pastikan kesan optimum penggunaan pupur melalui penyelidikan dan menghasilkan produk canggih. Misalnya pupur Queen Charcoal Cleansing bukan pupur biasa, sebaliknya boleh bertukar kepada warna hitam apabila diurut ke wajah,” katanya.

Menurutnya, pupur arang pembersihan mendalam bertindak secara berkesan untuk menanggalkan bintik hitam, bintik putih dan sel kulit mati yang terkumpul. Ia memulihkan kulit kepada keadaan licin tanpa cela yang cantik berseri.

Disediakan dengan krim pembersih yang diperkukuh dengan unsur arang yang menyerap dan membersihkan habuk dan kotoran sepenuhnya. Sapukan pupur dan urut pada kulit wajah dan pupur bertukar kepada warna hitam.

Tanggalkan pupur dan gunakan baki krim pembersih untuk membilas, menjadikan kulit benar-benar bersih, cerah dan jernih.

Sapukan pupur pelengkap seperti Pupur Penghidratan Kolagen untuk menambah penghidratan dan pelembapan.

Marysharon menawarkan lima pupur untuk wajah berseri pada Hari Raya iaitu Pupur VIP Luxury, Pupur Penghidratan Kolagen, Pupur Anti Akne dan Pupur Queen Radiance.

Joyce menunjukkan langkah pemakaian pupur Queen Charcoal Cleansing bagi kesan maksimum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 12:07 PM