Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: GSLike Services, syarikat yang memfokus kepada pemasaran melalui medium online dan media sosial, menyasarkan 7,000 peserta bagi program Group Support Like (GSL) menjelang akhir tahun ini.

Pengurusnya, Khairul Zahrin Abd Karim berkata, sejak GSL diperkenalkan tahun lalu pihaknya mempunyai lebih 3,000 peserta berdaftar.

Katanya, objektif penubuhan GSL adalah membantu usahawan online yang baru menjinakkan diri dalam dunia keusahawanan untuk meningkatkan kredibiliti dan penjenamaan peribadi di platform Facebook (FB).

“GSL platform untuk usahawan berkumpul serta membantu mereka mempelajari teknik yang diperlukan untuk menguasai FB. Kami juga menyediakan kelas bisnes percuma setiap bulan yang menampilkan pakar pemasaran online terpilih termasuk kelas kandungan pemasaran, ‘storytelling’, penulisan iklan dan terbaharu syarikat mengadakan kelas Asas Sistem Ejen,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, syarikat juga dalam perancangan membina akademi bagi menyediakan akses kepada usahawan Internet untuk meluaskan perniagaan online mereka.

Khairul berkata, pihaknya komited untuk membantu sesiapa yang berminat menjadi usahawan online bagi membina perniagaan sehingga berjaya dan mampu memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Beliau berkata, setakat ini maklum balas diterima daripada peserta sangat menggalakkan dan ada antara mereka yang berjaya membuat jualan sehingga puluhan ribu sebulan dengan mengamalkan konsep rangkaian sosial.

“Yuran yang dikenakan sangat berpatutan hanya RM59 (seorang) dan bagi mereka yang mendaftar dua orang pula RM100. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari www.groupsupportlike.com,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 7:08 AM