RAIHANA menunjukkan Syoklat yang dihasilkan menggunakan produk gabungan bijirin dan coklat.
RAIHANA menunjukkan Syoklat yang dihasilkan menggunakan produk gabungan bijirin dan coklat.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Nafis Foods Sdn Bhd, komited menjadi pengeluar produk makanan pilihan rakyat Malaysia menerusi penghasilan produk gabungan bijirin dan coklat berperisa di bawah jenama Syoklat.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Raihana Abd Rahim berkata, biarpun baru di pasaran, Syoklat mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 5,000 balang terjual dalam tempoh sebulan.

"Kami menyasarkan menjual lebih kurang 100,000 balang Syoklat menjelang 2021 disokong dengan konsep pemasaran secara ejen dan platform online.

"Syoklat dihasilkan menggunakan bahan coklat premium dan dijual pada harga RM18 seunit manakala pek kombo hanya RM50.

"Sebenarnya, idea menghasilkan Syoklat ini timbul berikutan keadaan pandemik Covid-19 dan kami mahu bantu orang ramai menjana pendapatan melalui produk ini kerana produk makanan lebih laku," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, untuk permulaan syarikat memberi tumpuan pasaran di seluruh Malaysia serta merancang memasarkan Syoklat ke luar negara.

Raihana berkata, selain itu pihaknya menjangkakan lebih 5,000 Syoklat Squad akan dilantik tahun depan membabitkan barisan leader, stokis, ejen dan dropship.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan ganjaran menarik dan kelas pemasaran bagi mereka yang berminat menjadi Syoklat Squad.

"Setakat ini, kami fokus memasarkan Syoklat secara online termasuk menerusi sosial media.

"Syarikat juga akan menghasilkan produk baru pada masa akan datang bagi mempelbagaikan produk sedia ada kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 7:02 AM