FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Dua maut selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Pengerang di sini, pagi ini.

Sumber bomba berkata, empat anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 3.36 pagi.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian berlaku kemalangan membabitkan pacuan empat roda dan sebuah lori.

"Dua lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda maut di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 12:25 PM