Kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba
Kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Pemandu van maut selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 23.3, Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Putra Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Mohamed berkata, empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan sejurus menerima panggilan pada 2.41 pagi.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan kenderaan membabitkan van.

"Kenderaan dipandu lelaki berusia 39 tahun hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 11:45 AM