Nadzreen Shah Mat Salim


Kuala Lumpur: Seorang wanita mati tersepit selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bangsar menghala ke Mid Valley, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa, Chong Chee Hooi, 49, maut apabila kenderaannya dihempap kenderaan pacuan empat roda yang hilang kawalan di lokasi kejadian.

Komander operasi Bomba dan Penyelamat, Salmy Abdul Mukti berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.10 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan (BBP) Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya anggota di lokasi, didapati dua kenderaan terbabit dan seorang mangsa maut di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat," katanya ketika di temui di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 6:39 PM
MANGSA maut di lokasi kejadian selepas keretanya dihempap kenderaan pacuan empat roda. FOTO Munir An'am Zuljadan
MANGSA maut di lokasi kejadian selepas keretanya dihempap kenderaan pacuan empat roda. FOTO Munir An'am Zuljadan