SALING bantu-membantu.
SALING bantu-membantu.
PESERTA tekun belajar membuat kek.
PESERTA tekun belajar membuat kek.
PENGAJAR menunjuk cara mengisi bancuhan.
PENGAJAR menunjuk cara mengisi bancuhan.
AKSI peserta menyapu gris.
AKSI peserta menyapu gris.
BAKAL chef.
BAKAL chef.
Nurul Husna Mahmud


Melihat kanak-kanak tekun menghias kek cawan sambil dibantu ibu bapa masing-masing satu perasaan sukar diungkapkan.

Malah jelas sekali kanak-kanak begitu teruja menabur gula-gula hiasan di atas krim kek menunjukkan Bengkel Bakar Kek anjuran butik Momster sesuatu amat bermakna buat peserta dan ibu bapa mereka.

Penasihat Kreatif Momster, Dr Nur Akmarina Mohd Said, berkata program berkenaan penting sebagai usaha menggalakkan komuniti kalangan ibu bapa muda mencari program sesuai untuk anak-anak mereka.

Pelbagai program untuk anak-anak

Kata Akmarina, dia yang juga mempunyai anak mahu program yang bermanfaat selain berguna untuk seisi keluarga.

“Selain memasarkan barangan berasaskan bayi, kami mahu menjadikan Momster pusat sehenti untuk ibu bapa muda menyertai pelbagai program.

“Sebelum ini kami adakan program kraf serta bengkel keibubapaan kerana mahu masa terluang seperti hujung minggu terisi.

“Ini penting membantu komuniti kecil yang mengunjungi Momster mendapat ilmu berguna.

“Selain itu ia membina rangkaian serta jaringan sosial antara ibu bapa. Ini sumbangan atau tanggungjawab sosial cuba dilaksanakan Momster.

“Kami tidak ber­te­ras­kan peniagaan semata-mata tetapi mahu menyentuh pembangunan insan agar generasi baru dapat membantu pembangunan negara serta sosial sihat,” katanya.

Ibu bapa mesti berminat

Kata wakil ibu, Shawani Subramaniam, 30, program anjuran Momster khusus untuk komuniti baik dan wajar disertai ibu bapa lain.

“Saya tinggal di Sungai Choh, Selangor sanggup datang melihat program dianjurkan termasuk Bengkel Bakar Kek bersama anak-anak sesuatu yang menarik.

“Saya lihat anak saya selesa dan dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang. Malah ia baik untuk emosi serta perkembangan sosial anak.

“Kalau sebelum ini anak saya lebih suka dengan gajet dan kurang interaksi, apabila saya bawa dia menyertai aktiviti sebegini, dia berubah.

“Dalam program ini juga saya dapat berkongsi mengenai sesuatu dengan anak serta mendapat tip mengenai ilmu ibu kebapaan,”katanya.

Seronok buat kek

Buat peserta Hanis Humaira Mohd Razi, 7, dia gembira dapat belajar membuat kek.

“Saya seronok apabila membuat kek sendiri dan menghias dengan banyak coklat. Saya belajar mengenai cara seperti campuran gula, tepung dan telur.

“Guru akan bantu membakar kek selain sediakan bahan untuk menghias. Semuanya mudah dan tidak memerlukan masa lama,” katanya.

Muhammad Danish Hakim Hafizan, 10, teruja dapat buat kek dan merasa kek hasil tangan sendiri.

“Sebelum ini ibu membuat kek, kali ini saya buat serta menghias kek mengikut cita rasa sendiri.

“Malah aktiviti itu dilakukan bersama kawan, rasa seronok selain dapat bertemu kenalan baru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:03 AM