ZTE Blade V7.
ZTE Blade V7.
Afiq Hanif


ZTE Corporation Sdn. Bhd., pemimpin global dalam industri pembuatan telefon bimbit mudah alih, melancarkan siri ZTE Blade V7 di Malaysia. Pelancaran ini selaras dengan komitmen ZTE untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan telefon pintar mampu milik yang berkualiti tinggi.

Blade V7 Lite adalah peranti yang mempunyai dua sim dengan rangkaian 4G LTE dikuasakan oleh pemprosesan 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P.

Selain itu, ia juga mempunyai empat teras berkelajuan 1.3Ghz bersama 2GB RAM dan ruangan storan sehingga 16GB.

Dengan sensor cap jari sebagai ciri keselamatan, ia hadir dengan saiz skrin berukuran 5” bersama paparan peranti 2.5D yang mampu meningkatkan tahap ergonomiknya.

Kamera belakang 13MP dan 8MP bersama sokongan LTE yang disediakan menjadikannya antara peranti termurah di pasaran.

INFO

- Saiz skrin: 5”

- Paparan: HD IPS

- Resolusi: 1280 x 720

- Pemprosesan: 1.0Ghz quad-core MediaTek MTK6735P

- OS: Android 6.0 Marshmallow

- Memori: 2GB RAM, Mikro SD sehingga 32GB

- Kamera: 13MP, 8MP (depan, belakang)

- Kad sim: Dua

- Bateri: 2,500 mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 10:56 AM