HAMILTON (kanan) harap Ricciardo kekal bersama Red Bull. FOTO/AFP
HAMILTON (kanan) harap Ricciardo kekal bersama Red Bull. FOTO/AFP
Reuters

MONACO: ‘Saham’ Daniel Ricciardo tidak pernah setinggi ini, namun juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui juara Grand Prix (GP) Monaco dari Australia itu akan kekal di Red Bull musim depan.

Pelumba Britain itu yang ketika ini terbabit dalam rundingan kontrak dengan Mercedes, menjangkakan lebih banyak bakal dicapai pelumba itu pada masa depan.

Pelumba Australia itu bakal tamat kontrak dengan Red Bull pada akhir tahun ini dengan Mercedes atau Ferrari mungkin menjadi haluan berikutnya apatah lagi dengan nasib dua pelumba Finland, Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen masih samar.

“Saya boleh bayangkan masa depannya ada di sana (Red Bull),” kata Hamilton selepas perlumbaan Ahad lalu.

“Dia adalah antara pelumba terbaik jadi saya pasti ada pilihan untuknya. Hanya Ferrari dan Mercedes bakal dipertimbangkan namun ketika ini saya tidak pasti dia akan ke Mercedes. Saya tidak fikir ia akan berlaku.

“Saya bayangkan Kimi mahu terus berada di Ferrari. Mengapa tidak? Dia memandu dengan baik tahun ini dan tidak kelihatan seperti sudah berusia jadi saya fikir akan mampu pergi lebih lama lagi.”

Ricciardo yang menang petak pertama Ahad lalu dengan pelumba Ferrari Sebastian Vettel di tangga kedua dan pendahulu kejuaraan Hamilton di tangga ketiga.

“Anda boleh katakan hari itu menjadikkan Daniel lebih mahal, nilainya semakin meningkat,” kata ketua Red Bull Christian Horner.

“Atau anda boleh katakan ia meletakkan pasukan ini pada kedudukan lebih baik dari segi nilai dan potensi terhadapnya.”

Horner berharap Ricciardo yang kini menang dua perlumbana tahun ini dan yang berada di tangga ketiga keseluruhan, mungkin akan menandatangani kontrak beberapa bulan lagi namun menyedari ia bergantung jenis jentera yang dimiliki Red Bull.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mei 2018 @ 2:56 PM