MAYAT lelaki yang ditemui di jeti Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas. FOTO ihsan pembaca
MAYAT lelaki yang ditemui di jeti Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas. FOTO ihsan pembaca
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam beg plastik hitam berhampiran bot nelayan di jeti Kuala Muda, Penaga, 9.20 malam tadi.

Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tangan terikat selain dibungkus dengan pukat.

Menurut sumber, pemeriksaan mendapati kaki mangsa turut diikat dengan batu bata dipercayai bagi menenggelamkannya tetapi bahagian kepalanya kelihatan di permukaan air.

Katanya, identiti mayat berkenaan masih disiasat kerana tiada laporan orang hilang di kawasan berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 9:29 AM