AIR ketum yang dirampas dari dua rumah. FOTO Shamsul Munir Safini
AIR ketum yang dirampas dari dua rumah. FOTO Shamsul Munir Safini
Oleh Shamsul Munir Safini


Kepala Batas: Polis rampas 355 bungkusan air ketum dan tahan tiga suspek lelaki berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai memproses barang terlarang berkenaan di Kampung Teluk Air Tawar dan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner, Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya merampas kesemua bungkusan dan peralatan itu dari dua rumah berasingan di kawasan berkenaan.

Katanya, kesemua barangan serta bungkusan yang dianggrkan bernilai lebih RM6,000 itu dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU bagi tujuan selanjutnya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata pihaknya juga menahan 27 penagih dadah di sekitar kawasan Kepala Batas dalam satu operasi yang dijalankan di sini, pagi tadi.

Katanya, kesemua mereka kini ditahan pihaknya bagi tujuan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 3:53 PM