ANTARA karya Shafiq.
ANTARA karya Shafiq.
ANTARA karya Shafiq.
ANTARA karya Shafiq.
ANTARA karya Shafiq.
ANTARA karya Shafiq.
MUHAMMAD Shafiq Nordin.
MUHAMMAD Shafiq Nordin.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Artis muda berasal dari Tampin, Negeri Sembilan ini bukan saja berjaya mendapat pengiktirafan bagi karya dihasilkannya malah pada usia muda berpeluang mengadakan pameran solo di luar negara.

Muhammad Shafiq Nordin atau lebih dikenali dengan nama Shafiq Nordin, 26, yang pernah memenangi Malaysian Emerging Artist Award (MEAA) pada 2014 lalu bakal memperkenalkan karyanya di Yavuz Gallery, Singapura.

Pameran bakal diadakan pada Julai akan datang menjadi titik penting penglibatannya dalam bidang seni lukis selepas baru empat tahun berada dalam bidang berkenaan.

Menurut Shafiq, dia bersyukur dan bertuah kerana berpeluang mengadakan pameran solo pada usia muda dan anugerah MEAA menjadi batu loncatan untuk dia lebih dikenali dalam bidang seni.

“Saya boleh dikira bertuah dan bernasib baik kerana bukan mudah untuk artis baru dan muda dikenali dan mengadakan pameran solo atau memperkenalkan karya di luar negara.

“Namun saya tidak jadikan itu sebagai sebab untuk saya tidak menghasilkan karya yang lebih baik atau berada dalam keadaan selesa kerana memilih bidang seni sebagai kerjaya sepenuh masa jadi saya akan serius dalam bidang ini,” katanya.

Katanya, hasil daripada anugerah dimenangi dia turut berpeluang mengadakan pameran solo dalam negara di Galeri HOM Art Trans, Ampang dan pameran itu bakal diadakan selepas Aidilfitri.

Shafiq yang menduduki semester akhir dalam Sarjana Teknologi Seni Halus menjadikan artis seperti Pinaree Sanpintak dari Thailand dan Takashi Murakami dari Jepun sebagai rujukan.

Tidak hairan Shafiq berjaya merangkul anugerah MEAA kerana karya dihasilkan bukan saja mempunyai gaya unik malah memberi kelainan daripada lukisan yang pernah penulis lihat sebelum ini.

Sekali pandang, penonton pasti menyangka hasil seni ditampilkan adalah karya seni percetakan kerana dari jauh ia kelihatan seperti ukiran kayu namun apabila melihat sendiri dengan lebih dekat ia hasil catan di atas jut.

Menurut Shafiq, minatnya dalam seni percetakan mendorongnya untuk cuba hasilkan karya lukisan seakan-akan karya pencetakan

Shafiq yang kini menjadikan penghasilan karya sebagai kerja sepenuh masanya menyiapkan karyanya di studio yang dikongsi bersama seorang rakan, Studio Pisang di Ara Damansara.

“Saya jadikan bidang seni sebagai kerja sepenuh masa dan kalau boleh saya mahu buka mata masyarakat terutama anak muda bahawa bidang seni mampu menjadi karier untuk pergi jauh.

“Ini kerana dunia seni di Malaysia bukan seperti dulu makin berkembang dan penggemar seni sudah mula bukan mata serta sudah ramai artis yang berpeluang untuk tampilkan karya mereka di luar negara,” katanya.

Shafiq turut berharap satu hari nanti dia berpeluang membuka yayasan seni bertujuan memberi peluang dan ruang khususnya untuk artis muda terus berkarya dan menyemarakkan lagi arena seni tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 10:28 AM