Anggota tentera Sri Lanka memindahkan mangsa banjir di Kaduwela, pinggir Colombo, semalam. Hujan lebat sejak tiga hari lalu, menyebabkan banjir di banyak lawasan di negara itu. - Foto AFP
Anggota tentera Sri Lanka memindahkan mangsa banjir di Kaduwela, pinggir Colombo, semalam. Hujan lebat sejak tiga hari lalu, menyebabkan banjir di banyak lawasan di negara itu. - Foto AFP
Reuters

Colombo: Lebih 150 orang dikhuatiri mati tertimbus akibat dua tanah runtuh yang melanda perkampungan di tengah Sri Lanka berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Menurut jurucakap tentera, Brigedier Jayanath Jayaweera, 16 mayat sudah ditemui dan 150 penduduk yang tertimbus berjaya diselamatkan.

Tanah runtuh itu menenggelamkan tiga kampung dekat bandar Aranayaka di daerah Kegalle.

Ketua Pengarah Palang Merah Sri Lanka, Neville Nanayakkara, berkata jumlah kematian berkemungkinan lebih tinggi kerana ketika dalam mesyuarat, ada pegawai menyatakan antara 300 hingga 400 orang dikhuatiri mati akibat bencana itu.

Menurut polis, 16 penduduk tertimbus akibat satu lagi kejadian tanah runtuh di Bulathkopitiya, juga dalam daerah Kegalle dan tiga mayat sudah ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 5:31 PM