KEMBARA terakhir Nathan Drake penuh dengan aksi dan pengisian baru bermula 10 Mei ini.
KEMBARA terakhir Nathan Drake penuh dengan aksi dan pengisian baru bermula 10 Mei ini.
Hazril Md Nor


Pengembaraan Nathan Drake akan menemui penamatnya tidak lama lagi dalam Uncharted 4: A Thief’s End eksklusif untuk Playstation 4. Walaupun judul ini adalah yang terakhir, pastinya ia akan memberikan pengalaman paling bermakna kepada semua. Mengapa? Gen Y ada jawapannya.

Kandungan baru ‘percuma’

Kekuatan pada judul terakhir siri Uncharted ini ialah kepuasan fungsi ‘multiplayer’ yang dijanjikan untuk membuatkan pemain menjadi lebih berkuasa tanpa bayar lebih.

Sehubungan itu, Naughty Dog menjanjikan pembaharuan ciri permainan dari semasa ke semasa. Dalam jangka masa setahun, pemain boleh menikmati kandungan baru (DLC) yang berbeza setiap musim.

Menariknya, DLC ini boleh diakses tanpa kos tambahan tidak seperti permainan konsol lain. Kawasan baru, mod mahupun ‘item’ dalam permainan boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pemain.

Antara caranya ialah melengkapkan tugasan harian dan memenangi perlawanan untuk mendapatkan ‘relics’. Seterusnya, ‘relics’ yang diperoleh boleh ditukarkan untuk mendapat kelengkapan lebih berkuasa.

Tidak terhenti setakat itu, ciri menarik lain seperti ‘Cinema Replay’ akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ia membolehkan pemain menyimpan sesi permainan ‘multiplayer’ mereka dalam storan khas dan kemudian menonton semula.

Fungsi ini amat berguna untuk sesi ‘Let’s Play’ di YouTube yang memberi ruang kepada pemain memperlihatkan sesi permainan mereka kepada pengikut di saluran YouTube.

Sangat realistik

Bagi anda yang pernah mencuba judul lain keluaran Naughty Dog, pasti anda menyedari keindahan visual dan grafik hebat antara kekuatan yang menambat hati ramai pemain konsol.

Uncharted 4 bukan saja ­dibangunkan dengan teliti, malah setiap objek diberi sentuhan magis yang menggambarkan suasana sebenar. Naughty Dog menjanjikan pemain mod perulangan yang berbaloi dengan meneroka setiap pelosok bandar, bukit mahupun kawasan bersalji meliputi pelbagai permukaan bumi.

Jika anda pernah menonton sesi permainan ‘demo’ di YouTube, Uncharted 4 memperlihatkan gaya permainan yang realistik sama seperti dunia nyata.

Malah, untuk merancakkan lagi sesi permainan, keupayaan Nathan Drake berinteraksi dengan karakter dan alam sekeliling membuatkan permainan ini tidak mudah dilupakan begitu saja dalam koleksi berharga anda.

INFO:

CIRI PERMAINAN BARU

- Dilengkapkan grappling hook untuk berpindah lokasi dan melaksanakan serangan udara.

- Pemain kini boleh memandu kenderaan.

- Serangan jarak dekat diperkemaskan. Musuh boleh lakukan serangan balas.

- Pergerakan karakter lebih kemas menyamai manusia sebenar.

MOD ‘MULTIPLAYER’

- Ranked

- Command

- Plunder

- Trials

- Warm Up Playlist

- Team Deathmatch

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 12:44 PM