NAJIB bersama Razaili (enam kiri) pada Majlis perasmian SK Pusa, Beting Maro. Turut kelihatan Rohani (lima kiri) dan Mahdzir. FOTO Syarafiq Abd Samad
NAJIB bersama Razaili (enam kiri) pada Majlis perasmian SK Pusa, Beting Maro. Turut kelihatan Rohani (lima kiri) dan Mahdzir. FOTO Syarafiq Abd Samad
Ehwan Haque Fazlul Haque


Betong: Sebanyak 183 sekolah menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS) akan dibina di Sarawak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, dengan menggunakan kaedah IBS, sekolah dengan enam bilik darjah, makmal dan bilik guru dapat dibina dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu sahaja.

Katanya, Kerajaan Pusat komited untuk membina sekolah baru bagi menggantikan sekolah uzur khususnya di kawasan luar bandar.

"Selain pembangunan fizikal, kerajaan juga tekankan pembangunan modal insan yang boleh menjamin masa depan.

"Ini agenda yang diberi keutamaan oleh kerajaan kerana jika sesebuah negeri itu maju, pembangunan fizikal dan pembagunan insan mesti berjalan seiringan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Pusa, Beting Maro, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan calon Barisan Nasional Beting Maro, Razaili Gapor.

Dalam majlis itu juga, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM54.3 juta bagi projek sambungan bekalan air dari Kaki Wong ke Pusa yang mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 1:37 PM