ANTARA ribuan ekor ikan yang mati ditemui nelayan di pintu air Sungai Persisiran Pulau Burung, Nibong Tebal. FOTO Danial Saad
ANTARA ribuan ekor ikan yang mati ditemui nelayan di pintu air Sungai Persisiran Pulau Burung, Nibong Tebal. FOTO Danial Saad
Azma Razana Johari


Nibong Tebal: Ribuan ikan pelbagai spesies mati di Sungai Persisiran Pulau Burung, Changkat di sini, sejak Isnin lalu.

Ketua Unit Nelayan Changkat, Abdul Rahman Ibrahim berkata, keadaan itu menjejaskan pendapatan nelayan sungai.

"Keadaan itu disedari beberapa nelayan sejak Isnin lalu tetapi tidak tahu apa puncanya," katanya.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencari punca masalah berkenaan.

"Sejak Isnin lalu kami tidak berani untuk menangkap ikan di kawasan itu dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku jika memakan ikan berkenaan," katanya.

Antara ikan yang mati termasuk lampam, puyu dan sepat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 2:19 PM