ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran gudang tayar terpakai. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran gudang tayar terpakai. FOTO ihsan Bomba
Shamsul Munir Safini

 

Nibong Tebal: Gudang tayar terpakai di Jalan Changkat, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan di gudang berbumbung tanpa dinding berkeluasan 183 meter persegi itu.

Jurucakap Balai Bomba Nibong Tebal berkata, kebakaran melibatkan tayar yang disimpan di gudang berkenaan.

Katanya, pihaknya terpaksa memadamkan kebakaran menggunakan 'foam' dan kebakaran juga menyebabkan rumah berhampiran terbakar lima peratus.

Menurutnya, kebakaran dikawal pada 7.46 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 10:17 AM