ELLA menyampaikan lagu Standing in the Eyes, Kesal dan Gemilang.
ELLA menyampaikan lagu Standing in the Eyes, Kesal dan Gemilang.
ANUAR menghiburkan tetamu.
ANUAR menghiburkan tetamu.
TRAK makanan The Gorpis.
TRAK makanan The Gorpis.
Michelle Gun


Majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place dan trak makanan The Gorpis di pusat beli-belah Setapak Central Mall, Kuala Lumpur, Ahad lalu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran penyanyi popular tanah air Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Acara itu turut diserikan dengan telatah pelawak terkenal Nabil dan Angah selaku pengacara.

Selain itu, ia turut disertai 40 penghuni Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni.

Pelancaran bermula sekitar jam 2.30 petang menyaksikan Anuar menyampaikan lagu You Raise Me Up bersama kumpulan koir Rendesvous.

Anuar turut menghiburkan tetamu dengan dua lagu berjudul Perpisahan dan Bila Resah.

Ella pula mendendangkan lagu Standing in the Eyes, Kesal dan Gemilang.

Acara diteruskan dengan persembahan Dayang dengan single terbaru Tak Pernah Menyerah dan Di Pintu Syurga.

Sementara itu, pemilik francais Teh Tarik Place Fahrulrazi Kassim berkata, restoran itu adalah cawa­ngan pertamanya di pusat beli-belah itu.

“Francais ini menawarkan pelbagai hidangan masakan mamak yang enak membuatkan saya tertarik untuk membuka cawangan di pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Pemilik The Gorpis, Mohd Eddy Wadzir berkata, trak makanan itu menjual pisang goreng pelbagai perisa dan beroperasi sejak 2014.

“Trak The Gorpis beroperasi di kawasan tumpuan ramai di sekitar ibu kota dan Kota Damansara,” katanya.

Menurut usahawan itu, orang ramai boleh mengikuti akaun sosial Instagram, @thegorpis untuk mengetahui lokasi trak makanan berkenaan berada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 9:19 AM