Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Air mata ketua jurulatih negara John Beasley (gambar kecil) mengiringi kejayaan Azizulhasni Awang meraih gangsa dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Dunia, awal pagi semalam.

Azizul dilihat berada pada landasan tepat untuk mencabar pingat di Olimpik Rio susulan kemampuan dan rentak kayuhan cemerlang yang dipamerkan itu.

“Saya sungguh terharu apabila melihat Beasley menitiskan air mata ketika ditemuramah media selepas majlis penyampaian pingat.

“Sungguh gembira dan beliau yakin dengan baki 20 minggu untuk melakukan persiapan ke Rio, saya akan mencapai kemuncak prestasi,” kata Azizul.

Beasley jelas puas dengan kejayaan Azizul selepas mengharungi perjalanan yang sukar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 8:21 AM