1. GUNAKAN bedak asas jenis cecair  yang berkilau.
1. GUNAKAN bedak asas jenis cecair yang berkilau.
2. TEKNIK kontur wajah bagi mendapatkan bentuk yang sempurna.
2. TEKNIK kontur wajah bagi mendapatkan bentuk yang sempurna.
3. GUNAKAN bedak tabur lut cahaya dan diadun dengan bedak press bagi melambatkan proses wajah berminyak.
3. GUNAKAN bedak tabur lut cahaya dan diadun dengan bedak press bagi melambatkan proses wajah berminyak.
4. GABUNGAN celak rona lembut dan gelap menjadikan wajah tampak semula jadi.
4. GABUNGAN celak rona lembut dan gelap menjadikan wajah tampak semula jadi.
5. SAPU rata penyamar noda di bahagian atas dan bawah kening untuk tampil kemas.
5. SAPU rata penyamar noda di bahagian atas dan bawah kening untuk tampil kemas.
6. PILIH pembayang mata rona tanah seperti oren gelap dan sapu di bahagian kelopak mata. Kemudian, tambah pembayang mata rona yang lebih gelap di bahagian hujung mata.
6. PILIH pembayang mata rona tanah seperti oren gelap dan sapu di bahagian kelopak mata. Kemudian, tambah pembayang mata rona yang lebih gelap di bahagian hujung mata.
7. TAMBAH glitter rona coklat gelap untuk penampilan memukau di bahagian kelopak mata.
7. TAMBAH glitter rona coklat gelap untuk penampilan memukau di bahagian kelopak mata.
8. NAIKKAN seri wajah dengan sapuan pemerah pipi.
8. NAIKKAN seri wajah dengan sapuan pemerah pipi.
9. MATA tampak lebih galak dengan pemakaian maskara. Kemudian, sapu bibir dengan gincu.
9. MATA tampak lebih galak dengan pemakaian maskara. Kemudian, sapu bibir dengan gincu.
WAJAH tampak sempurna untuk ke majlis istimewa ataupun karpet merah.
WAJAH tampak sempurna untuk ke majlis istimewa ataupun karpet merah.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Hadir ke majlis perkahwinan, makan malam mahupun di karpet merah pastinya tidak sempurna tanpa solekan memukau.

Walaupun mengenakan baju gaun malam yang meleret, itu semua sia-sia jika kita tidak bijak memilih gaya mekap yang sesuai dan mengikut trend semasa.

Jelas jurumekap artis, Mohammad Norman Masdzar, pilihan gaya solekan konsep urban sangat sesuai untuk ke majlis glamor dan istimewa.

“Konsep mekap urban memberikan kesan wajah seakan-akan lembap. Ia sesuai digayakan ke majlis perkahwinan, makan malam, karpet merah, penggambaran ataupun iklan komersial.

“Malah, solekan gaya urban juga boleh digayakan ke mana saja sama ada pada waktu siang atau malam bergantuang kepada sapuan alat solek yang tebal mahupun nipis yang boleh diubah pada pemakaian pembayang mata.

“Kebiasaannya, gaya solekan ini akan menonjolkan wajah yang seakan-akan basah ataupun lembap dan tampak sedikit berkilau.

“Teknik solekan juga sedikit berbeza kerana ada kalanya menggunakan celak rona keemasan atau putih di bahagian garisan mata,” katanya.

Ujarnya, solekan urban ialah teknik mekap cara lama yang diberi pembaharuan bagi menonjolkan wajah yang semula jadi dan sempurna.

Sapuan alat mekap untuk solekan urban ini juga tidak terlalu tebal dan banyak menggunakan rona lembut, semula jadi dan tampak manis.

Selain itu, pemakaian pelembap sebelum memulakan solekan sesuai disapu pada wajah yang kering dan bukan berminyak. Kulit berminyak sudah sedia lembap dan pemakaian pelembap akan menyebabkan wajah tampak lebih berminyak, sekali gus menyebabkan solekan tampak tidak senada.

“Justeru, penggunaan primer boleh menggantikan pelembap untuk memastikan solekan kekal lama dan tampak semula jadi.

“Kebiasaannya, individu yang memiliki kulit berminyak lebih sesuai menggunakan bedak asas jenis krim berbanding cecair bagi memudahkannya diadun dengan sempurna.

“Berbeza dengan kulit kering, wajah perlu disapu dengan pelembap terlebih dulu sebelum mengenakan apa saja jenis bedak asas bagi mengelakkan solekan tampak pecah dan tidak senada,” katanya.

Bagi memastikan sapuan solekan kekal lama, tampak semula jadi dan tidak mengubah ton kulit, semburkan wajah dengan Face Mist setiap kali selesai memakai mekap.

Misalnya, semburkan Face Mist pada seluruh wajah selepas sapuan bedak asas dan membentuk wajah. Biarkan semburan air kering sebelum menyambung sapuan mekap ke bahagian pipi, mata dan bibir.

Ketika membentuk wajah dengan teknik shading di bahagian tulang pipi, hidung dan tepi muka, sebaiknya adun rona yang cerah terlebih dulu sebelum kod gelap bagi mengelakkan wajah tampak kelabu.

Selain itu, pilih bedak tabur lut cahaya (translucent) dan di adun bersama bedak press untuk melambatkan proses wajah berminyak serta mengelakkan solekan yang tebal.

Di bahagian kening pula, gunakan celak rona coklat pada lapisan pertama sebelum ditambah dengan sapuan celak warna gelap sama ada hitam atau coklat gelap untuk mengekalkan ton asal kening.

Gunakan celak pensel kerana ia mudah dan lebih cepat untuk diadun menggunakan berus sesuai. Pastikan sapuan alat solekan yang digunakan diadun dengan rata dan tampak bersih untuk memastikan penampilan wajah tampil anggun ketika di dalam gambar mahupun secara langsung.

Bagi menampilkan gaya yang lebih glamor, tambah sapuan glitter rona coklat gelap selepas mengenakan pembayang mata warna tanah agar tampak senada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 1:05 PM