HISHAMMUDDIN (tengah) ketika mempengerusikan taklimat ‘Defence Services Asia (DSA)  2016’. Turut kelihatan, Abdul Rahim (kiri) dan Zulkifeli. FOTO Mohamad Shahril Badril Saali
HISHAMMUDDIN (tengah) ketika mempengerusikan taklimat ‘Defence Services Asia (DSA) 2016’. Turut kelihatan, Abdul Rahim (kiri) dan Zulkifeli. FOTO Mohamad Shahril Badril Saali
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,200 syarikat dari 60 negara akan menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 18 hingga 21 April ini

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pihaknya menjangkakan 34,000 pengunjung dari 77 negara hadir pada DSA 2016.

Katanya, pameran dan persidangan yang diiktiraf antara lima terbaik dunia itu juga bakal diiktiraf sebagai yang terbesar sejak kali pertama dianjurkan.

"Antara negara yang julung kali menyertainya ialah Iran dan kita akan teliti apakah yang mahu ditawarkan oleh negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat DSA 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 6:15 PM