MOHD Johari (kiri) meninjau pameran DSA.
MOHD Johari (kiri) meninjau pameran DSA.
HM Digital

Bangkok: Sebanyak 400 syarikat industri pertahanan seluruh dunia berkampung di Pusat Konvensyen, Pameran dan Arena IMPACT Bangkok, Thailand sehingga Khamis ini bagi menjayakan Pameran Pertahanan dan Keselamatan (Defence & Security 2017).

Pameran tahun ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuvon.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, wakil Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi dan wakil Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Azhari Abdul Rashid.

Selepas majlis perasmian, Mohd Johari mengambil peluang mengunjungi pameran industri pertahanan
yang mengambil bahagian, mengukuhkan hubungan strategik pertahanan, sekali gus mempromosikan DSA 2018 yang berlangsung
di MITEC Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 4:59 AM