LAMPU maklumat 4WD bernyala.
LAMPU maklumat 4WD bernyala.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya mempunyai Toyota Estima 2.4L. Kenderaan ini kerap mengeluarkan nyalaan lampu ‘4WD’ tanpa ada suis atau butang untuk menghidupkan sistem berkenaan.

FARRISH NG

Ipoh, Perak

Ada juga pengguna lain menghadapi masalah sama pada Toyota Estima model ACR55. Malangnya buku panduan kenderaan itu ditulis dalam bahasa Jepun dan maklumat yang minimum untuk bahasa Inggeris walaupun dalam laman sesawang.

Lazimnya nyalaan lampu itu menunjukkan sistem hantaran atau kotak gear anda berada dalam mod pacuan empat roda.

Namun, jika lampu itu bernyala tanpa mengaktifkan sistem pacuan empat roda ia mungkin hanya satu kepincangan litar yang menghidupkan lampu berkenaan.

Satu cara mengatasi masalah itu adalah memutuskan bekalan elektrik sementara. Apa yang boleh anda lakukan mencabut bateri dalam tempoh 30 saat dan kemudian disambung semula untuk komputer menetapkan semula tetapannya. Lazimnya ia tidak akan mendatangkan kesan negatif seperti anda menukar bateri.

Pada masa sama, anda perlu memastikan kunci dan peranti kawalan kereta berada di luar.

Ini kerana kadangkala sistem keselamatan kereta akan mengunci pintu apabila bateri dihubung semula dan dinasihatkan supaya memastikan tingkap diturunkan sebagai langkah keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:01 AM