HOBI baru ini mula menjadi kegilaan remaja lupakan stres untuk seketika.
HOBI baru ini mula menjadi kegilaan remaja lupakan stres untuk seketika.
HOBI baru ini mula menjadi kegilaan remaja lupakan stres untuk seketika.
HOBI baru ini mula menjadi kegilaan remaja lupakan stres untuk seketika.

SHUHADA MANSOR juga tidak terkecuali mempunyai buku warna sendiri. Yang pasti, ia menjadi trend terbaru digilai anak muda untuk kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan cara meneutralkan rasa tidak gembira.

Kebelakangan ini muncul trend baru iaitu mewarna buku bagi kalangan remaja. Mendengar saja aktiviti mewarna pasti kita akan kaitkan ia dengan aktiviti kanak-kanak, namun trend baru ini berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Sudah pasti buku mewarna ini bukanlah sama seperti yang digunakan kanak-kanak kerana lakaran asas lebih terperinci dan perlukan penelitian untuk mewarnainya. Tahap kerumitan setiap helaian akan bertambah menandakan makin besar nombor muka surat makin sukar lakaran yang perlu diwarnakan.

TERLARIS DIJUAL

Mungkin bagi anda yang baru mengetahui trend ini pasti tertanya-tanya kenapa ia popular? Difahamkan, aktiviti mewarna ini mampu membantu kita mengurangkan tahap stres khususnya bagi remaja dan orang dewasa yang mengharungi pelbagai cabaran dan masalah hampir setiap hari.

Selain mampu mengurangkan tekanan, ia juga diyakini boleh membuatkan kita rasa lebih tenang dan berupaya merangsang otak lebih aktif dan kreatif.

Bukan kenyataan rekaan malah ada sumber menjelaskan, sehingga April tahun lalu, dua daripada kategori buku yang terlaris dijual di laman web jual beli, Amazon adalah buku mewarna kategori ini.

Situasi sama turut berlaku di kedai buku terbesar di Australia, Booktopia. Menurut Ketua Produk dan Pelanggannya John Purcell, penjualan buku mewarna untuk remaja dan orang dewasa ini meningkat sejak mula dipasarkan pada Mac 2015. Sepanjang tempoh itu, puluhan ribu buku warna daripada pelbagai pelukis laris dijual.

LEBIH FOKUS DAN TENANG

Pensyarah di Sekolah Psikologi Universiti New South Wales, Joel Pearson berkata secara logiknya, aktiviti ini memang membawa manfaat justeru ia dijadikan satu subjek bagi kanak-kanak. Aktiviti ini dilihat mampu menjadi penghilang stres dan impaknya sama seperti bermain game kesukaan ataupun membina sesuatu dengan tanah liat.

“Ketika mewarna, kita akan fokus dan pastinya tidak mahukan sebarang kecacatan, jadi aktiviti ini membuatkan kita sentiasa tertumpu ke arah mewarna di samping lupa sebenar masalah yang dihadapi seharian,” katanya.

Pakar Psikologi, Gloria Martinez Ayala pula berpendapat, ketika mewarna kita mengaktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.

“Ia berlaku apabila ketika kita memilih warna dan mahu mencorakkannya menjadi gabungan yang menarik. Di sini, ia secara tak langsung merangsang kemampuan penglihatan dan keterampilan seni halus. Keadaan tenang ini mampu menurunkan aktiviti otak di bahagian dasar yang menurunkan kadar emosi dipengaruhi stres,” katanya.

MAHU CUBA?

Ia bukanlah aktiviti yang sia-sia. Anda boleh lakukannya pada waktu lapang contohnya ketika dalam perjalanan ke pejabat menaiki kereta api, tempoh rehat ­sebelum menanti kuliah seterusnya dan waktu senggang.

Gen Y cadangkan beberapa kategori buku mewarna yang popular berserta nama pelukisnya untuk rujukan. Ia bukanlah sukar untuk didapati, anda boleh dapatkannya di kedai buku dengan pel­bagai pilihan yang ada.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:02 AM