LEONARDO DiCaprio mengungguli kategori Aktor Terbaik.
LEONARDO DiCaprio mengungguli kategori Aktor Terbaik.
QUEEN Latifah.
QUEEN Latifah.
CAROL Burnett menerima penghormatan penonton.
CAROL Burnett menerima penghormatan penonton.
DOWNTOWN Abbey dinobatkan Persembahan Terbaik Ensembel Dalam Siri Drama.
DOWNTOWN Abbey dinobatkan Persembahan Terbaik Ensembel Dalam Siri Drama.
Susunan Georgie Joseph


Tidak seperti pengiktirafan lain baru-baru ini, Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2016 tampil dengan diversiti kemenangan, semalam (waktu tempatan). Berlangsung di Shrine Auditorium, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS), majoriti pemenang bukan klise.

Tiada filem mahupun siri drama yang mendominasi kemenangan meskipun untuk kategori filem, Spotlight mengungguli trofi Persembahan Terbaik Pelakon Dalam Filem. Setiap kategori dimenangi calon yang datang daripada produk berbeza.

Pelakon Look at this Stage dan Orange Is The New Black, Laura Prepon mengakui teruja dengan diversiti kemenangan itu. Dia meluahkan rasa puas hatinya itu ketika memberikan ucapan kemenangan Orange Is The New Black menerusi kategori Persembahan Terbaik Ensembel Dalam Siri Komedi.

“Ini yang seharusnya berlaku apabila kita bercakap soal diversiti. Adanya berbeza bangsa, warna, kepercayaan dan orientasi seksual,” katanya.

Idris Elba yang meraih trofi Persembahan Terbaik Aktor Lelaki Untuk Watak Pembantu turut memberi komen ringkas mengenai hal itu di pentas.

“Selamat datang ke TV diversiti,” katanya.

SAG menjadi medan untuk pengundi menentukan siapa pelakon paling layak memenangi kategori yang dipertandingkan tanpa mengira warna kulit.

Sebelum ini, isu perkauman hangat diperkatakan apabila acara besar seperti Oscar lebih berpihak kepada pelakon kulit putih.

Itu nasib yang menimpa Idris apabila namanya tercicir daripada pencalonan Oscar. Akibatnya, peminat mula mencetuskan gerakan menggunakan ‘hashtag’ #OscarsSoWhite.

Tidak ketinggalan, untuk kategori TV, pelakon hebat, Queen Latifah mendominasi trofi Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Dalam Filem TV Atau Mini Siri. Dua lagi pelakon kulit hitam, Viola Davis dan Uzo Aduba turut menerima pengiktirafan.

“Ini yang berlaku apabila tenaga kerja SAG datang daripada pelbagai latar belakang dan faham kerja kami. Semua pelakon layak dapat peluang sama rata,” kata Queen Latifah.

Acara kali ini turut menyaksikan Leonardo DiCaprio terus mengungguli kategori Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Untuk Watak Utama menerusi filem The Revenant.

Daripada awal acara, SAG membuktikan diversiti menjadi tunjang utama acara itu.

Ketika acara bermula, beberapa pelakon termasuk Rami Malek, Queen Latifah, Jeffrey Tambor, Anna Chlumsky dan Kunal Nayyar me–ngulas makna sebenar kerjaya mereka.

Pengerusi Komiti SAG iaitu JoBeth Williams juga menekankan acara anugerah adalah menghargai keringat insan seni.

“Kami sedaya upaya membuktikan bahawa pengiktirafan bersifat luas dan merangkumi seluruh dunia,” katanya.

Detik paling menyentuh perasaan pada acara itu adalah apabila Tina Fey dan Amy Poehler menyampaikan anugerah pencapaian sepanjang hayat kepada Carol Burnett.

Carol legenda komedi yang berjaya membuktikan genre itu tidak sepatutnya dipandang rendah. Dia yang tampil dengan stigma komedi lebih sukar berbanding drama.

“Carol jauh lebih bagus daripada kami dan sebab itu kami kena berikan anugerah kepadanya,” kata Amy.

Sejurus itu, semua penonton di auditorium berdiri sebagai tanda penghormatan kepada Carol. Di pentas, Carol sempat mengimbas semula kembara seninya termasuk insiden bertekak mengenai tanggapan komedi hanya untuk lelaki.

Pencalonan SAG diumumkan pada awal Disember tahun lalu, lima minggu sebelum pencalonan Oscar. Pengundi SAG membuktikan pemilihan mereka tidak klise sebagaimana acara lain dan mencalonkan filem Straight Outta Compton selain menyenaraikan Idris sebagai calon.

INFO

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SCREEN ACTORS GUILD (SAG) 2016

Persembahan Terbaik Pelakon Dalam Filem

* Beasts of No Nation

* The Big Short

* Spotlight (MENANG)

* Straight Outta Compton

* Trumbo

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Untuk Watak Utama

* Bryan Cranston - Trumbo

* Eddie Redmayne - The Danish Girl

* Johnny Depp - Black Mass

* Leonardo DiCaprio - The Revenant (MENANG)

* Michael Fassbender - Steve Jobs

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Untuk Watak Utama

* Brie Larson - Room (MENANG)

* Cate Blanchett - Carol

* Helen Mirren - Woman in Gold

* Saoirse Ronan - Brooklyn

* Sarah Silverman - I Smile Back

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Untuk Watak Pembantu

* Christian Bale - The Big Short

* Idris Elba - Beasts of No Nation (MENANG)

* Mark Rylance - Bridge of Spies

* Michael Shannon - 99 Homes

* Jacob Tremblay - Room

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Untuk Watak Pembantu

* Alicia Vikander - The Danish Girl (MENANG)

* Kate Winslet - Steve Jobs

* Rooney Mara - Carol

* Rachel McAdams - Spotlight

* Helen Mirren - Trumbo

Persembahan Terbaik Ensembel Dalam Siri Drama

* Downtown Abbey (MENANG)

* Game of Thrones

* Homeland

* House of Cards

* Mad Men

Persembahan Terbaik Ensembel Dalam Siri Komedi

* The Big Bang Theory

* Key and Peele

* Modern Family

* Orange Is the New Black (MENANG)

* Transparent”

* Veep”

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Untuk Siri Drama

* Peter Dinklage - Game of Thrones

* Kevin Spacey - House of Cards (MENANG)

* Jon Hamm - Mad Men

* Rami Malek- Mr. Robot

* Bob Odenkirk - Better Call Saul

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Untuk Siri Drama

* Claire Danes - Homeland

* Viola Davis - How to Get Away With Murder (MENANG)

* Robin Wright - House of Cards

* Maggie Smith - Downton Abbey

* Julianna Margulies - The Good Wife

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Untuk Siri Komedi

* Ty Burrell - Modern Family

* Louis C.K. - Louie

* William H. Macy - Shameless

* Jim Parsons - The Big Bang Theory

* Jeffrey Tambor - Transparent (MENANG)

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Untuk Siri Komedi

* Uzo Aduba - Orange Is the New Black (MENANG)

* Edie Falco - Nurse Jackie

* Julia Louis-Dreyfus - Veep

* Amy Poehler - Parks and Recreation

* Ellie Kemper - Unbreakable Kimmy Schmidt

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Dalam Filem TV Atau Mini Siri

* Idris Elba - Luther (MENANG)

* Ben Kingsley - Tut

* Ray Liotta - Texas Rising

* Bill Murray - A Very Murray Christmas

* Mark Rylance - Wolf Hall

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Dalam Filem TV Atau Mini Siri

* Nicole Kidman - Grace of Monaco

* Queen Latifah - Bessie (MENANG)

* Christina Ricci - The Lizzie Borden Chronicles

* Susan Sarandon - The Secret Life of Marilyn Monroe

* Kristen Wiig - The Spoils Before Dying

Persembahan Aksi Terbaik Ensembel Lagak Ngeri Dalam Filem

* Everest

* Furious 7

* Jurassic World

* Mad Max: Fury Road (MENANG)

* Mission: Impossible - Rogue Nation

Persembahan Aksi Terbaik Ensembel Lagak Ngeri Dalam Siri Komedi Atau Drama

* The Blacklist

* Game of Thrones (MENANG)

* Homeland

* Daredevil

* The Walking Dead

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 7:55 AM