MOHAMAD Zukifli Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman selepas sebutan kes bunuh. FOTO Aswadi Alias
MOHAMAD Zukifli Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman selepas sebutan kes bunuh. FOTO Aswadi Alias
Oleh Helmy Abd Rahman


Chukai: Mahkamah Majistret Kemaman hari ini menetapkan tarikh 21 Februari depan untuk sebutan semula kes Mohamad Zulkifli Ismail yang didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Labohan, Kerteh, dekat sini.

Mohamad Zulkifli, 51, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Zulkefle Abdullah, 38, pada 7 Disember tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada Faizul Awang, 37, pada hari sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi, memohon kes ditangguh bagi menyiapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh berkenaan sebagai sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai Mohamad Zulkifli menyerang dua lelaki yang memasuki rumahnya menggunakan parang mengakibatkan seorang daripada mereka jatuh dan meninggal dunia di bahu jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 12:00 PM