Oleh Shakilawati Abd Rahman dan Sudirman Mohd Tahir


Enam tahun menjalin hubungan cinta secara rahsia, bintang popular Shaheizy Sam, 34, akhirnya membuka mulut akan menyunting pelakon Syatilla Melvin atau Tilla sebagai suri hidupnya.

Bakal disatukan pada 8 Februari ini, pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini akan menjadi titik penamat kepada segala teka-teki dan spekulasi siapa yang beraja di hati Sam selama ini.

Majlis akad nikah bakal raja sehari ini akan berlangsung selepas Isyak di kediaman keluarga Tilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli acara resepsi keesokan harinya di Bukit Jawi Golf Club, Nibong Tebal manakala majlis menyambut menantu pula di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 14 Februari ini.

Selain itu, pasangan ini akan meraikan hari bahagia mereka bersama peminat pada 20 Februari.

Mengulas lanjut hubungannya dengan Tilla, Sam berkata, semuanya bermula apabila dia bertemu belahan jiwanya itu pada majlis Pencarian Dewi Remaja yang disertai Tilla di ibu kota pada 2010.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 7:10 AM