Abd Latif (empat dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan pelbagai rokok seludup yang dirampas di Taman Kenangan Padang Serai, Kulim. FOTO Rahmat Othman
Abd Latif (empat dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan pelbagai rokok seludup yang dirampas di Taman Kenangan Padang Serai, Kulim. FOTO Rahmat Othman
Oleh Zuliaty Zulkifli

Alor Setar: Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) Kedah merampas rokok seludup termasuk cukai bernilai RM105, 277.50 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Taman Kenangan Padang Serai, Kulim, 1.30 tengah hari tadi.

Serbuan hasil maklumat orang awam selepas menyedari kegiatan seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga pemilik rumah itu.

Komander AKS Kedah Abd Latiff Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan rokok itu dipercayai diseludup dari Selangor dan Perak yang tidak dibayar cukai.

Katanya, nilai barangan yang dirampas berjumlah RM13, 640 manakala cukai dikenakan pula berjumlah RM91, 637.50 membabitkan 830 karton.

"Semua barangan yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 9:32 PM