Lebih 100 orang terbunuh akibat dua letupan bom di  luar stesen kereta api di Ankara, Turki, Oktober lalu. - Foto AFP (Fail)
Lebih 100 orang terbunuh akibat dua letupan bom di luar stesen kereta api di Ankara, Turki, Oktober lalu. - Foto AFP (Fail)

Istanbul: Laporan terkini menyatakan beberapa mangsa terbunuh dan sejumlah lagi cedera akibat letupan yang menggegarkan kawasan pelancongan terkemuka Sultanahmet, petang ini.

Menurut AP, setakat ini belum dapat dipastikan punca letupan itu tetapi stesen televisyen Private NTV menyatakan letupan itu berhampiran taman yang menjadi mercu tanda kawasan berkenaan, termasuk Istana Topkapi dan Masjid Biru.

Reuters melaporkan, stesen televisyen Turki, Habertuk, menyatakan sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat letupan yang dipercayai serangan nekad itu.

Tahun lalu, tiga dua serangan bom berlaku di Turki dengan letupan pada Julai di Suruc, di sempadan Turki dengan Syria menyebabkan lebih 30 kematian.

Dua lagi serangan bom berlaku Oktober lalu, di luar stesen kereta api di Ankara menyebabkan lebih 100 terbunuh, dipercayai dilakukan Negara Islam (IS). - AP

ISTANBUL, Jan 12 (Reuters) -

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 5:31 PM