NISSAN X-Trail Talaan IMPUL.
NISSAN X-Trail Talaan IMPUL.

Kuala Lumpur: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan varian baru Nissan X-Trail yang lebih sporty iaitu Nissan X-Trail Talaan IMPUL bagi memberi peluang kepada pelanggan yang menggemari dunia sukan permotoran.

Pakej IMPUL menyerlahkan lagi penampilan Nissan X-Trail serba baru itu melalui pemasangan skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baru serta rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18 inci bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam kilat.

Selain itu, ketinggian kenderaan dapat direndahkan sebanyak 30 milimeter bagi menawarkan pengalaman pemanduan lebih lincah dan responsif melalui spring sports IMPUL selain penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, model baru itu ternyata memberikan Crossover Premium Inovatif dengan gaya baru yang dinamik dan pasti mampu menarik minat penggemar sukan bermotor.

“X-Trail mempunyai ramai peminat di Malaysia dan kami percaya sentuhan IMPUL ini bukan sahaja mampu menyerlahkan penampilan serta dinamik pemanduan malah menarik minat mereka yang mahukan gaya lebih sporty pada kenderaan masing-masing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 6:38 AM