MOHD Hambali menunjukkan bot yang ditahan dalam operasi itu. FOTO Mohd Rizal Abdullah
MOHD Hambali menunjukkan bot yang ditahan dalam operasi itu. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Miri: Dua puluh lima nelayan warga Vietnam berusia 18 sehingga 48 tahun ditahan dalam Ops Permai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Miri di perairan Miri, kira-kira 125 batu nautika ke Barat Miri, petang kelmarin.

Mereka ditahan pada 5.50 petang bersama empat bot nelayan dengan muatan 40 tan ikan bernilai kira-kira RM100,000.

Pengarah Operasi APMM Miri, Komander Maritim Mohd Hambali Yaakub berkata, pemeriksaan mendapati bot berkenaan berdaftar di Vietnam dan dipercayai sudah berada di perairan ini sejak seminggu lalu.

Menurutnya, bot berkenaan dikesan sedang menunda pukat secara berpasangan (tunda ganding) iaitu kaedah tangkapan yang diharamkan di negara ini.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot berkenaan tidak mempunyai dokumen sah, manakalasemua individu terbabit juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 5:09 PM