Bot nelayan warga Vietnam yang dirampas APMM. FOTO Ihsan APMM
Bot nelayan warga Vietnam yang dirampas APMM. FOTO Ihsan APMM
Mohd Rizal Abdullah.


Miri: Seramai 30 nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri dalam Op Permai di perairan Miri, Selasa lalu.

Nelayan berusia 19 sehingga 45 tahun itu ditahan masing-masing pada jam 7.52 malam dan 8.13 malam dalam pemeriksaan berasingan di dua bot kira-kira 21 batu nautika dari Tanjung Payong.

Pengarah APMM Daerah Miri Komander Maritim Mohd Hambali Yaakub berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka menangkap ikan secara haram malah semua nelayan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, pihak APMM turut merampas 5,000 kilogram ikan dianggarkan bernilai RM50,000 dari kedua-dua bot berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 12:15 PM