Bangunan kediaman di Imphal, India, yang runtuh akibat gempa bumi 6.7 magnitud melanda utrara India dan Bangladeshh, pagi tadi. - Foto AFP
Bangunan kediaman di Imphal, India, yang runtuh akibat gempa bumi 6.7 magnitud melanda utrara India dan Bangladeshh, pagi tadi. - Foto AFP
Bangunan yang musnah di Imphal, India. - Foto AFP
Bangunan yang musnah di Imphal, India. - Foto AFP

Imphal, India: Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud yang melanda utara India dan Bangladesh pagi tadi, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala hampir 20 lagi cedera.

Gempa itu dikesan berlaku pada kedalaman 57 kilometer dan berpusat 29 kilometer dari Imphal, bandar utama negeri Manipur di India yang bersempadan dengan Myanmar.

Seramai enam orang terbunuh di India dan lima lagi di Bangladesh. Menurut polis dan pegawai hospital di Imphal, 33 daripada mangsa cedera parah, manakala pihak berkuasa Bangladesh menyatakan 90 orang cedera di negara itu.

Ia adalah gempa bumi paling kuat melanda negeri itu sejak 1957. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 10:35 PM