Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Dua beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bahau-Kemayan, dekat Mahsan, di sini, 6.20 pagi, hari ini.

Abdul Rahman Sulaiman, 44 dan anaknya, Muhammad Saiful, 21, dari Muar, Johor, yang memandu lori maut selepas kenderaan dipandu bertembung dengan bas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata kenderaan dinaiki mangsa yang datang dari Bahau itu bertembung bas dari Kemayan yang tiba tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Berikutan itu, katanya, kedua-dua beranak yang tersepit dan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mereka kemudian dibawa ke Hospital Jempol.

“Pemandu bas berkenaan pula parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 6:51 PM