GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Pembantu tadbir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM50,000, hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang, kira-kira 9 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 dan tahun lalu, suspek menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan memberikan kontrak pembekalan dan kerja penyelenggaraan di jabatan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

"Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya diambil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 10:02 PM