Muhaamad Hafis Nawawi


Subang Jaya: Tindakan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang baru empat bulan bekerja sebelum mencuri barangan majikannya di SS 14, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, wanita berusia 38 tahun itu ditahan di kawasan Desa Sungai Kantan, Kajang pada 18 April lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek mencuri wang tunai RM1,500, telefon bimbit, barangan kemas dan beg tangan berjenama dengan nilai kerugian RM5,000.

"Ketika serbuan, polis turut merampas semula telefon bimbit dan beg tangan dengan nilai rampasan RM1,500.

"Suspek direman 14 hari sehingga dua Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 5:07 PM