KEADAAN trafik di Bentong. FOTO FB LLM
KEADAAN trafik di Bentong. FOTO FB LLM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik perlahan dilaporkan di beberapa laluan di lebuh raya utama berikutan pertambahan jumlah kenderaan, hari ini.

Ia susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas bercuti di kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

Tinjauan menerusi akaun rasmi aplikasi X Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 4 petang mendapati beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mulai perlahan.

Di Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Hentian Sebelah Hutan Kampung ke Plaza Tol Hutan Kampung; Alor Setar (Selatan) ke Pendang; Pendang ke Gurun; Sungai Petani (Selatan) ke Bertam dan Permatang Pauh ke Bukit Tambun (Selatan).

Trafik juga perlahan dari Bandar Cassia ke Jawi; Bandar Baharu ke Alor Pongsu; susur keluar ke Taiping; Sungai Perak ke Terowong Meru; Gopeng ke Tapah dan Sungkai ke Slim River.

Di arah utara lebuh raya sama, trafik perlahan dilaporkan dari Senai ke Sedenak; Simpang Renggam ke Ayer Hitam, Tangkak ke Ayer Keroh dan Layby Senawang ke Seremban.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik dilaporkan perlahan di Kilometer (KM) 28.0 arah Timur ke Genting Sempah; Karak ke Bentong; Bentong ke Bukit Tinggi dan KM 20.7 arah Barat ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 4:38 PM