Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik mulai perlahan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 3 petang tadi mendapati beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan mulai perlahan.

Trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak membabitkan laluan dari selepas Plaza Tol Bentong ke Lentang, selepas keluar Terowong Genting Sempah dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak hala Kuala Lumpur.

Sementara itu, aliran trafik perlahan dilaporkan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dengan arah selatan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai, Juru ke Bandar Cassia, Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, selepas persimpangan Simpang Pulai, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Sungkai, Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Selain itu, aliran trafik perlahan juga dilaporkan di lebuh raya sama arah utara di Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar, Seremban ke Bandar Ainsdale, Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson, Simpang Ampat ke Pedas Linggi, Jasin ke Ayer Keroh dan Sedenak ke Simpang Renggam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 4:20 PM
Aliran Trafik berjalan perlahan lahan menghala ke Selatan ketika tinjaun jam 2.50pm di Lebuh Raya Utara-Selatan (plus) berhampiran R&R Sungai Perak. FOTO L MANIMARAN
Aliran Trafik berjalan perlahan lahan menghala ke Selatan ketika tinjaun jam 2.50pm di Lebuh Raya Utara-Selatan (plus) berhampiran R&R Sungai Perak. FOTO L MANIMARAN