GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Lahad Datu: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di perairan Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa Jufli Sahuddin, 43, dan Amran Kalu, 45, disedari hilang semalam apabila kedua-dua mereka gagal dihubungi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menerima panggilan kecemasan mangsa dikhuatiri hilang di laut pada 6.47 pagi tadi.

Katanya, pasukan dari BBP Lahad Datu ke lokasi kejadian mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR.

"Operasi SAR dijalankan di lokasi kejadian di perairan Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait.

"Setakat ini, kedua-dua mangsa belum ditemukan dan operasi SAR masih diteruskan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 11:07 AM