DEWAN Rakyat. FOTO Ihsan Parliament Of Malaysia
DEWAN Rakyat. FOTO Ihsan Parliament Of Malaysia
Nazarali Saeril


Kuala Lumpur: "Tiada usul undi tidak percaya akan dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat bermula 26 Februari ini," kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Pengesahan berkenaan dibuat pada pertemuan beliau dengan pengamal media di sini, hari ini.

Tambah Johari, beliau tidak menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri daripada mana-mana pihak, termasuk pembangkang untuk sidang Parlimen akan datang.

Pada masa sama, menurut Johari, sidang kali ini diharap berjalan dengan lancar serta mematuhi semua peraturan mesyuarat.

"Semuanya diharap dapat berhujah dengan penuh fakta dan bukan emosi.

"Saya akan pastikan sidang berjalan dengan mengikut peraturan supaya masyarakat melihat kita serius dalam mengendalikan sidang dewan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 5:20 PM