SULTAN Ibrahim (kiri) berkenan menerima mengadap Zaliha di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim (kiri) berkenan menerima mengadap Zaliha di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim (kiri) berkenan menerima mengadap Mohd Na’im di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim (kiri) berkenan menerima mengadap Mohd Na’im di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Mohd Nasaruddin Parzi

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar di Istana Negara.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berkenaan turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Sementara itu, Mohd Na'im dalam entri di Facebook beliau turut menyatakan penghargaannya di atas segala keprihatinan baginda dalam hal ehwal Islam.

Dalam perkongsian lain di Facebook, baginda juga berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang turut disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud.

Kelmarin, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

- tamat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 4:09 PM