ekerja kilang S Karunagaran,37 didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menggunakan 9,600 keping wang palsu RM100 sebagai tulen. FOTO Nur Izzati Mohamad
ekerja kilang S Karunagaran,37 didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menggunakan 9,600 keping wang palsu RM100 sebagai tulen. FOTO Nur Izzati Mohamad
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan 9,600 keping wang palsu RM100 sebagai tulen, minggu lalu.

Tertuduh, S Karunagaran, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, Karunagaran didakwa mempunyai 1,600 keping wang palsu RM100 bernombor siri EJ9694246 dan 8,000 keping wang palsu RM100 cetakan sebelah sahaja dengan niat untuk menggunakannya sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Inderawasih dalam daerah Seberang Perai Tengah, pada 14 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan, namun tertuduh merayu ikat jamin rendah dikenakan terhadapnya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 23 Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 1:38 PM