PUN Sian (dua kanan)  menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO ihsan JKDM
PUN Sian (dua kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO ihsan JKDM
Samadi Ahmad


Putrajaya: Penumpang warga Perancis ditahan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki membawa dadah jenis kokain anggaran 6.137 kilogram bernilai RM1.22 juta, 9 Januari lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit III (LTAKL), Wong Pun Sian berkata, warga Perancis itu ditahan pada 5.45 petang atas maklumat risikan sepasukan Pegawai Kastam, Cawangan Pemeriksaan Penumpang Terminal 1 KLIA.

Menurutnya, lelaki itu menaiki penerbangan dari Sao Paolo, Brazil dan transit di Doha, Qatar sebelum tiba di KLIA.

Katanya, hasil pengimbasan ke atas bagasi yang dibawanya mendapati terdapat barangan dagangan disyaki dadah berbahaya.

"Hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan menjumpai tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun pelbagai warna di dalam bagasi tersebut," katanya melalui satu kenyataan.

Pun Sian berkata, ujian awal ke atas bongkahan tersebut mengesyaki ianya adalah kokain.

Katanya,modus operandi sindiket ini adalah dengan menyembunyikan dadah berbentuk sabun dengan pelbagi warna di dalam kotak barangan kosmetik bagi mengaburi mata pihakberkuasa dan dibawa secara 'hand carry' oleh penumpang berusia dan mengembara secara bersendirian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkanhukuman mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 5:55 PM